Soalan Lazim (FAQ)

SetelPay.com adalah platform yang membantu organisasi melaksanakan kutipan dan pembayaran dana secara atas talian menggunakan kemudahan FPX, Kad Debit dan Kad Kredit.

Ia membolehkan organisasi menawarkan kaedah bayaran secara atas talian kepada pembayar selain melaksanakan kutipan secara tunai.

Kadar kutipan dana organisasi akan meningkat dengan penggunaan SetelPay.com kerana kaedah pembayaran secara atas talian lebih diyakini, mudah, cepat dan selamat.

Dalam konteks SetelPay.com, organisasi bermaksud mana-mana badan yang melaksanakan kutipan dana untuk tujuan bermanfaat dan tidak menyalahi undang-undang.

Ia dikelaskan seperti berikut:

SEKOLAH
Sekolah harian, sekolah berasrama, kelas asas fardhu ain, sekolah agama, pusat tahfiz, pusat tuisyen dan seumpama dengannya sama ada milik kerajaan mahupun swasta.

TABIKA
Taman bimbingan kanak-kanak, pra-sekolah, pusat transit dan seumpama dengannya sama ada milik kerajaan mahupun swasta.

PERSATUAN / KELAB
Persatuan atau kelab yang berdaftar secara rasmi dengan mana-mana badan pertubuhan seperti ROS dan ROY.

Persatuan atau kelab yang berdaftar secara rasmi dengan mana-mana institusi pendidikan misalnya persatuan pelajar dan badan beruniform; dan

Persatuan atau kelab yang ditubuhkan secara tidak rasmi untuk tujuan kebajikan kakitangan di tempat kerja misalnya Kelab Guru, Kelab Sukan & Kebajikan Jabatan atau Kelab Kakitangan Syarikat A.

QARYAH MASJID / SURAU
Masjid dan surau yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri atau Majlis Agama Islam.

RUMAH ANAK YATIM / ORANG TUA
Rumah anak yatim, rumah orang tua dan seumpama dengannya sama ada milik kerajaan mahupun swasta.

BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB)
Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Body) yang berdaftar.

PENGANJUR PERTANDINGAN / ACARA
Mana-mana syarikat, persatuan atau kelab yang menganjurkan sebarang pertandingan atau acara secara sah dan tidak menyalahi undang-undang.

Pengelasan ini tidak statik dan boleh berubah dari semasa ke semasa.

Ia bermaksud kemudahan pembayaran secara atas talian yang disediakan bagi memudahkan pengguna membayar kepada organisasi yang berdaftar dengan SetelPay.com.

FPX ialah singkatan kepada Financial Process Exchange yang diterjemah sebagai Pertukaran Proses Kewangan. Ia merupakan satu kaedah sah yang membolehkan proses pemindahan wang secara atas talian berlaku dari akaun bank pengguna kepada akaun bank peniaga, organisasi atau individu yang lain.

Kad Debit merupakan satu kad yang dikeluarkan institusi perbankan bagi membolehkan pemegangnya melakukan pembayaran secara debit terhadap produk atau perkhidmatan yang diinginkan. Apabila pemegang kad melakukan transaksi, jumlah pembayaran yang dikenakan akan ditolak dari jumlah wang yang terdapat dalam akaun bank beliau.

Kad Kredit pula merupakan satu kad yang dikeluarkan oleh institusi perbankan bagi membolehkan pemegangnya melakukan pembelian secara kredit terhadap produk atau perkhidmatan yang diinginkan. Apabila pemegang kad melakukan transaksi, jumlah pembayaran yang dikenakan akan dikira sebagai pinjaman kepada pihak bank. Pemegang kad akan dikenakan faedah bagi setiap pinjaman yang dilakukan.

Ketiga-tiga kemudahan tanpa tunai ini disediakan SetelPay.com melalui gerbang pembayaran (payment gateway) yang diiktiraf PayNet.

Gerbang pembayaran adalah pihak ketiga yang bertindak sebagai orang tengah (middleman) antara pelanggan dan peniaga dalam memastikan transaksi kewangan yang dilakukan secara atas talian cepat dan selamat.

Gerbang pembayaran di Malaysia wajib berdaftar dengan Payments Network Malaysia Sdn. Bhd (PayNet), sebuah anak syarikat Bank Negara. PayNet bertanggunjawab dalam memastikan ekosistem transaksi kewangan atas talian di negara ini berkembang dengan selamat.

Gerbang pembayaran yang digunakan SetelPay.com ialah ToyyibPay.

Tidak. Tiada sebarang proses pemasangan diperlukan untuk menggunakan SetelPay.com.

Pengguna boleh log masuk ke SetelPay.com pada bila-bila masa dan dari mana jua di dunia ini asalkan mempunyai capaian ke internet.

Ya, sudah semestinya. Bukan hanya telefon bimbit, komputer dan komputer riba, malah SetelPay.com juga boleh dicapai melalui tablet, tv pintar (smart tv) atau sebarang peranti, asalkan ia mempunyai capaian internet.

Ini kerana SetelPay.com com dibangunkan dengan ciri rekabentuk web responsif (responsive web design).

Kami sangat mengalu-alukan maklumbalas anda demi untuk menambahbaik dan meningkatkan mutu perkhidmatan.

Salurkan aduan, pertanyaan atau cadangan anda melalui borang yang disediakan dalam ruangan Hubungi Kami.

Anda juga boleh emelkan ke hello@setelpay.com.

Kami sedia mendengar. Kami sedia membantu.

Ya. Anda perlu mendaftar.

Anda perlu mendaftar bagi membantu kami meningkatkan tahap keselamatan sistem. Ini kerana setiap transaksi yang berlaku akan direkodkan sebagai langkah keselamatan.

Anda boleh mendaftar dengan mengikuti langkah mudah berikut:

  • Klik Daftar Baru pada ruangan menu atas sebelah kanan muka depan SetelPay.com.
  • Pilih Pengguna. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  • Tekan butang hantar.

Kini, anda sedia untuk log masuk ke SetelPay.com dan menggunakan kemudahan yang disediakan.

Sangat digalakkan. Ini kerana maklumat berkenaan akan dipaparkan dalam resit pembayaran bagi setiap transaksi yang berjaya.

Sekiranya tidak diisi, resit pembayaran hanya akan memaparkan maklumat pembayaran tanpa butiran anda selaku pembayar.

Tidak. Pendaftaran pengguna adalah percuma.

Ya. Ini kerana SetelPay.com menggunakan gerbang pembayaran yang berdaftar dengan PayNet.

Tidak. SetelPay.com tidak membenarkan tuntutan semula bayaran yang telah dibuat melalui sistem ini.

Anda disarankan untuk berbincang dengan organisasi yang menerima bayaran mengenai perkara tersebut.

Anda hanya dikenakan Caj Pengendalian pada kadar yang dinyatakan di bawah. Tiada caj tersembunyi yang lain.

Transaksi FPX : RM2.00
Transaksi Kad Debit dan Kad Kredit : 2% + RM1

SetelPay.com dapat membantu urusan di sekolah anda dengan memberikan kemudahan pembayaran atas talian seperti contoh berikut:

  • Kutipan sumbangan PIBG.
  • Kutipan pembelian peralatan/kelengkapan khas sekolah. (lencana, buku, alat tulis, t-shirt, uniform)
  • Kutipan yuran aktiviti sekolah. (kelas tambahan, perkhemahan tahunan, lawatan sambil belajar)
  • Kutipan sumbangan one-off. (derma kilat kepada pelajar/guru ditimpa kemalangan, tabung membaiki surau sekolah)

Ibu bapa hanya perlu memasukkan nombor MyKid dan SetelPay.com akan jana jumlah bayaran mengikut kadar yang ditetapkan pihak sekolah.

Resit akan dijana dan dihantar melalui emel secara automatik sejurus pembayaran dibuat. Ini bermakna ibu bapa tidak perlu mengemukan sebarang bukti pembayaran kepada pihak sekolah kerana ia telah sedia ada dalam sistem.

Guru tidak perlu lagi,

  • mengeluarkan resit sementara kepada ibu bapa;
  • memegang wang tunai;
  • menyemak secara manual berkali-kali status semasa pembayaran;
  • dan menghasilkan laporan secara manual untuk dibentangkan kepada pemegang taruh (stakeholders).

Laporan statistik kutipan dan status semasa pembayaran pelajar dapat dihasilkan secara masa nyata (real-time) sama ada mengikut kelas, darjah/tingkatan dan tahun. Ia boleh dimuat turun dalam format .pdf (PDF) atau .xls (Microsof Excel)

Sistem ini membolehkan pihak sekolah mengemaskini status bayaran pelajar bagi ibu bapa yang melakukan pembayaran secara tunai.

Bagi penganjuran aktiviti/program yang melibatkan had penyertaan misalnya lawatan sambil belajar, guru boleh menetapkan had berkenaan. Ini bermakna, SetelPay.com boleh digunakan sebagai platform untuk tujuan pendaftaran peserta bagi sesuatu aktiviti/program.

Hanya seorang Pentadbir Sistem Sekolah (Admin) diperlukan untuk menguruskan segala urusan di SetelPay.com. Para guru boleh memfokuskan sepenuhnya kepada urusan pengajaran dan pembelajaran.

 

Kami mempermudahkan segalanya untuk anda kerana kami juga ibu bapa dan guru, seperti anda!

Individu yang dilantik sebagai Admin Sekolah perlu mendaftar dengan mengikuti langkah mudah berikut:

  • Klik Daftar Baru pada ruangan menu atas sebelah kanan muka depan SetelPay.com.
  • Pilih Sekolah.
  • Isi semua maklumat yang diperlukan.
  • Tekan butang hantar.

SetelPay.com akan menghubungi pihak sekolah untuk tujuan pengesahan pendaftaran.

Ya, boleh.
Semestinya boleh. Penggunaan SetelPay.com tidak terhadap kepada sekolah kerajaan sahaja.

Sekolah hanya dikenakan Yuran Langganan sebanyak RM360.00 setahun.

Ia bersamaan RM30.00 sebulan atau kira-kira 99 sen sehari.

Bayaran Yuran Langganan boleh dibuat sejurus selepas SetelPay.com mendapatkan pengesahan pendaftaran dari pihak sekolah.

Terdapat tiga cara untuk melakukan bayaran Yuran Langganan iaitu:

a. Bayaran melalui FPX dalam antaramuka Admin Sistem Sekolah.

b. Bayaran melalui cek di Cheque Deposit Machine.

c. Bayaran secara tunai di Cash Deposit Machine.

Sekiranya memilih kaedah b dan c, bayaran perlu dibuat atas nama akaun di bawah dan bukti pembayaran perlu diemelkan ke hello@setelpay.com.

Nama Bank : CIMB
Nama Akaun : ASPIRASI DIGITAL VENTURES
Nombor Akaun : 8009 9956 14

Kami sangat menggalakkan pembayaran melalui kaedah a kerana ia sangat memudahkan anda.

Boleh.

Bagi tujuan pengawalan dan keselamatan capaian, pihak sekolah boleh melantik dua orang Admin Sekolah untuk mengendalikan SetelPay.com.

Ya. Admin Sekolah akan dibekalkan dengan manual penggunaan dalam format PDF agar mereka dapat menggunakan kemudahan yang disediakan SetelPay.com pada tahap optimum.

Ya, boleh.

Apabila sesuatu transaksi berjaya dilakukan pengguna, wang yang dibayar secara automatik akan dimasukkan ke akaun gerbang pembayaran ToyyibPay atas nama ANSI SYSTEMS SDN BHD.

Bagi transaksi menggunakan FPX, wang berkenaan akan disalurkan ke akaun sekolah pada satu hari bekerja berikutnya.

Bagi transaksi menggunakan Kad Debit atau Kad Kredit, jumlah yang dibayar akan disalurkan ke akaun sekolah pada sepuluh hari bekerja berikutnya.

Tempoh masa penyaluran ini ditetapkan oleh gerbang pembayaran.

Terpulang kepada pentadbiran sekolah.

Walaubagaimanapun, SetelPay.com hanya menerima akaun bank rasmi yang mempunyai kaitan dengan sekolah. Akaun bank atas nama individu tidak diterima.

Contoh akaun yang diterima ialah akaun PIBG, akaun Kelab Guru dan akaun Koperasi Sekolah.

Tidak. Caj Pengendalian hanya dikenakan kepada pengguna yang berjaya melakukan transaksi pembayaran.

Ini kerana gerbang pembayaran (payment gateway) mengenakan caj bagi setiap transaksi yang berjaya dilakukan. Ia juga bagi menjamin kelestarian SetelPay.com dalam membantu mempermudahkan urusan anda pada masa hadapan.

Ya, sangat berbaloi. Ini kerana dengan menggunakan kemudahan SetelPay.com, anda dapat menjimatkan masa, wang dan tenaga berbanding melakukan pembayaran secara tunai di sekolah.

Sebagai contoh, katakan anda ingin membayar sumbangan PIBG anak di sekolah A secara tunai. Anda perlu hadir ke sekolah pada masa yang ditetapkan. Kebiasaannya pada waktu pejabat. Ia memerlukan anda untuk mengambil masa kerja anda sendiri.

Pada masa yang sama, anda menanggung kos perjalanan ke sekolah. Anda juga perlu beratur dan menunggu giliran untuk melakukan pembayaran sekiranya terdapat ramai ibu bapa lain yang turut hadir pada masa yang sama.

Masa yang perlu diperuntukkan akan menjadi lebih lama sekiranya anda mempunyai beberapa orang anak di sekolah berkenaan. Ini kerana kebiasaannya urusan kutipan akan dilakukan oleh guru kelas masing-masing. Oleh Itu, anda perlu beratur dan menunggu giliran beberapa kali.

Ini belum mengambil kira seandainya anda mempunyai beberapa orang anak yang bersekolah di sekolah yang berbeza.

Semua ini dapat dielakkan dengan penggunaan SetelPay.com yang hanya mengenakan Caj Pengendalian pada kadar yang sangat rendah.

Ya. Anda boleh membayar sumbangan PIBG mereka secara sekaligus walaupun mereka berada dalam darjah/tingkatan yang berbeza.

Tidak. Anda hanya dikenakan Caj Pengendalian sekali sahaja. Ini kerana anda memilih untuk membayar secara sekaligus untuk ketiga-tiga orang anak.

Namun, sekiranya anda memilih untuk melakukan pembayaran secara berasingan untuk setiap anak, anda akan dikenakan Caj Pengendalian sebanyak tiga kali.

Perlu difahami bahawa Caj Pengendalian dikenakan bagi setiap transaksi yang dilakukan dan bukannya mengikut jumlah anak dalam setiap transaksi.

Tidak boleh. Ini kerana akaun antara sekolah adalah berbeza antara satu sama lain. Oleh itu, anda perlu melakukan pembayaran satu persatu mengikut sekolah.

Ini kerana sekolah anak anda belum mendaftar dengan SetelPay.com.

Segera hubungi pihak pentadbiran atau PIBG sekolah anak anda dan maklumkan kepada mereka mengenai kemudahan yang disediakan SetelPay.com.

Salah satu kemudahan SetelPay.com ialah ia membenarkan Admin Sekolah untuk memasukkan maklumat pembayaran yang dilakukan secara tunai oleh ibu bapa pelajar.

Oleh itu, SetelPay.com dapat menjadi pangkalan data yang merekodkan status bayaran di sekolah anda tidak kira sama ada pembayaran dibuat secara tunai atau atas talian.

Statistik laporan yang tepat boleh dicapai pada bila-bila masa dan ia akan disimpan selama mana sekolah aktif menggunakan SetelPay.com.

Sangat dialu-alukan YB. Sudah pasti para guru dan ibu bapa akan berbesar hati dan menghargai keprihatinan YB ini.

Semoga YB terus disayangi rakyat. Hidup YB!

Perkara baik jangan dihalang dan jangan dilengah-lengahkan. Asalkan sekolah yang ingin ditaja oleh syarikat tuan bersetuju, pelaksanaannya boleh disegerakan. Kami sedia membantu.

Semoga syarikat tuan terus dilimpahkan rezeki yang berganda.

Kami sedia membantu.

Organisasi lain bermaksud senarai organisasi yang dikelaskan dalam SetelPay.com selain daripada Sekolah.

Ia meliputi TABIKA, Persatuan/Kelab, Qaryah Masjid/Surau, Rumah Anak Yatim/Orang Tua, Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Penganjur Acara/Pertandingan.

Pengelasan ini tidak statik dan ia boleh berubah mengikut kesesuaian.

SetelPay.com dapat membantu urusan di TABIKA anda dengan memberikan kemudahan pembayaran atas talian seperti contoh berikut:

  • Kutipan yuran bulanan.
  • Kutipan pembelian peralatan/kelengkapan khas Tabika. (buku, alat tulis, t-shirt, uniform)
  • Kutipan yuran aktiviti TABIKA. (sukan, lawatan sambil belajar)
  • Kutipan sumbangan one-off. (derma kilat kepada pelajar/guru ditimpa kemalangan)

Ibu bapa hanya perlu memasukkan nombor MyKid dan SetelPay.com akan jana jumlah bayaran mengikut kadar yang ditetapkan pihak sekolah.

Resit akan dijana dan dihantar melalui emel secara automatik sejurus pembayaran dibuat. Ini bermakna guru tidak perlu lagi mengeluarkan resit manual kepada pembayar.

Laporan statistik kutipan dan status semasa pembayaran pelajar dapat dihasilkan secara masa nyata (real-time) sama ada mengikut bulan dan tahun.

Guru tidak perlu lagi memegang wang tunai dan terpaksa menyemak secara manual berkali-kali status semasa pembayaran.

Sistem ini membolehkan pihak sekolah mengemaskini status bayaran pelajar bagi ibu bapa yang melakukan pembayaran secara tunai.

Kami mempermudahkan segalanya untuk anda kerana kami juga ibu bapa dan guru TABIKA, seperti anda!

Contoh kutipan dana secara atas talian yang dapat dilakukan Persatuan/Kelab menggunakan SetelPay.com ialah:

Kutipan yuran bulanan ahli.
Ahli hanya perlu memasukkan nombor MyKad dan SetelPay.com akan jana jumlah bayaran mengikut kadar yang ditetapkan Persatuan/Kelab.

Ia turut memberi pilihan bayaran kepada ahli untuk membayar bagi beberapa bulan sekaligus.

 

Sistem ini juga membolehkan pihak Persatuan/Kelab mengemaskini status bayaran ahli yang melakukan pembayaran secara tunai.

Pendaftaran peserta untuk aktiviti/program yang dianjurkan.
(kem motivasi, kursus, seminar, bengkel, sukan, riadah) Persatuan/Kelab boleh melaksanakan pendaftaran peserta bagi aktiviti/program yang dianjurkan dan sekaligus mengutip yuran penyertaan di SetelPay.com.

Ini bermakna Persatuan/Kelab tidak perlu lagi fotostat Borang Penyertaan dan mengedarkannya secara manual kepada orang ramai.

Bagi penganjuran aktiviti/program yang melibatkan had penyertaan misalnya Kursus Jati Diri, Persatuan/Kelab boleh menetapkan had berkenaan. SetelPay.com akan menyenaraikan senarai nama pembayar mengikut masa pembayaran dilakukan.

Kutipan sumbangan one-off.
(derma kilat, sumbangan kepada individu kurang berkemampuan) Sebarang bentuk kutipan sumbangan secara one-off boleh dibuat di SetelPay.com dan Persatuan/Kelab boleh menetapkan tempoh masa untuk penerimaan bayaran.

Sebagai contoh, Persatuan/Kelab ingin melaksanakan kutipan derma kilat untuk disumbangkan kepada salah seorang ahli yang ditimpa kemalangan.

 

Admin Persatuan/Kelab boleh menetapkan tempoh kutipan misalnya selama tiga hari.

Dalam tempoh tiga hari ini, pautan (link) sumbangan berkenaan boleh dipanjangkan kepada ahli-ahli yang lain atau sesiapa sahaja menggunakan aplikasi WhatsApp, SMS, Telegram, Instagram, TikTok, emel atau sebarang platform media sosial.

Mereka yang berhasrat untuk menyumbang hanya perlu menekan pautan tersebut dan secara automatik ia akan ke laman sumbangan tadi.

Melalui kaedah ini, jumlah kutipan akan bertambah kerana memudahkan ahli dan orang ramai memberikan sumbangan.

Resit pembayaran akan dijana dan dihantar melalui emel secara automatik sejurus pembayaran dibuat.

AJK Persatuan/Kelab dengan mudah boleh melihat statistik kutipan dan status semasa pembayaran secara masa nyata (real-time) sama ada laporan mengikut kategori ahli, aktiviti/program yang dianjurkan serta pecahan mengikut bulan dan tahun.

Kami mempermudahkan segalanya untuk anda kerana kami juga ahli dan AJK Kelab/Persatuan, seperti anda!

Contoh kutipan dana secara atas talian yang dapat dilakukan Qaryah Masjid / Surau menggunakan SetelPay.com ialah:

Tabung Online Masjid / Surau.
Kewujudan Tabung Online Masjid/Surau ini akan membolehkan peningkatakan kutipan sumbangan kewangan Masjid/Surau kerana ia mempermudahkan anak qaryah dan orang ramai memberikan sumbangan walalu di mana mereka berada.

AJK Masjid/Surau hanya perlu memanjangkan pautan (link) Tabung Online ini kepada anak qaryah dan orang ramai menggunakan aplikasi WhatsApp, SMS, Telegram, Instagram, emel atau sebarang platform media sosial.

Mereka yang berhasrat untuk menyumbang hanya perlu menekan pautan tersebut dan secara automatik ia akan ke laman Tabung Online tadi.

Kutipan senarai nama dan bayaran Khairat Kematian.
AJK Masjid/Surau tidak lagi perlu cetak, fotostat dan mengedarkan borang Khairat Kematian kepada anak qaryah bagi tujuan pendaftaran.

SetelPay.com membolehkan anak qaryah melakukan pendaftaran dan pembayaran secara atas talian.

AJK Masjid/Surau boleh mencetak senarai nama peserta Khairat Kematian yang terkemaskini (up-to-date) pada bila-bila masa.

Kutipan penyertaan ibadah korban.
AJK Masjid/Surau juga boleh melaksanakan kutipan nama dan bayaran anak qaryah yang berminat untuk menyertai ibadah korban.

Pendaftaran peserta untuk aktiviti/program yang dianjurkan.
AJK Masjid/Surau boleh melaksanakan pendaftaran peserta bagi aktiviti/program yang dianjurkan dan sekaligus mengutip yuran penyertaan di SetelPay.com.

Ini bermakna AJK Masjid/Surau tidak perlu lagi fotostat Borang Penyertaan dan mengedarkannya secara manual kepada orang ramai.

Bagi penganjuran aktiviti/program yang melibatkan had penyertaan misalnya Kelas Agama, AJK Masjid/Surau boleh menetapkan had berkenaan. SetelPay.com akan menyenaraikan senarai nama pembayar mengikut masa pembayaran dilakukan.

Kutipan sumbangan one-off.
(derma kilat, sumbangan kepada individu kurang berkemampuan) Sebarang bentuk kutipan sumbangan secara one-off boleh dibuat di SetelPay.com dan AJK Masjid/Surau boleh menetapkan tempoh masa untuk penerimaan bayaran.

Sebagai contoh, Persatuan/Kelab ingin melaksanakan kutipan derma kilat untuk disumbangkan kepada salah seorang anak qaryah yang ditimpa kemalangan.

 

Admin Masjid/Surau boleh menetapkan tempoh kutipan misalnya selama tiga hari.

Dalam tempah tiga hari ini, pautan (link) sumbangan berkenaan boleh dipanjangkan kepada anak qaryah yang lain atau sesiapa sahaja menggunakan aplikasi WhatsApp, SMS, Telegram, Instagram, emel atau sebarang platform media sosial.

Mereka yang berhasrat untuk menyumbang hanya perlu menekan pautan tersebut dan secara automatik ia akan ke laman sumbangan tadi.

Melalui kaedah ini, jumlah kutipan akan bertambah kerana memudahkan ahli dan orang ramai memberikan sumbangan.

Resit pembayaran akan dijana dan dihantar melalui emel secara automatik sejurus pembayaran dibuat.

AJK Masjid/Surau dengan mudah boleh melihat statistik kutipan dan status semasa pembayaran secara masa nyata (real-time) sama ada laporan mengikut aktiviti/program yang dianjurkan serta pecahan mengikut bulan dan tahun.

Kami mempermudahkan segalanya untuk anda kerana kami juga anak qaryah dan AJK Masjid/Surau, seperti anda!

SetelPay.com akan meningkatkan jumlah kutipan sumbangan dan derma orang ramai kepada Rumah Anak Yatim/Orang Tua sumbangan boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dari mana jua.

Petugas Rumah Anak Yatim/Orang Tua hanya perlu memanjangkan pautan (link) sumbangan/derma kepada orang ramai menggunakan aplikasi WhatsApp, SMS, Telegram, Instagram, TikTok, emel atau sebarang platform media sosial.

Mereka yang berhasrat untuk menyumbang hanya perlu menekan pautan berkenaan dan mengisi butiran serta melakukan pembayaran secara atas talian.

Resit akan dijana dan dihantar melalui emel secara automatik sejurus pembayaran dibuat. Ini bermakna organisasi tidak perlu mengeluarkan resit manual kepada penderma.

Laporan statistik kutipan dapat dihasilkan secara masa nyata (real-time).

Kami mempermudahkan segalanya untuk anda kerana kami juga penderma dan petugas Rumah Anak Yatim/Orang Tua, seperti anda!

Contoh kutipan dana secara atas talian yang dapat dilakukan JMB menggunakan SetelPay.com ialah:

  • Kutipan yuran penyelenggaraan bulanan.
  • Kutipan yuran aktiviti/program JMB.
  • Kutipan sumbangan one-off. (derma kilat kepada penduduk ditimpa kemalangan)

Penduduk hanya perlu memasukkan nombor MyKad dan SetelPay.com akan jana jumlah bayaran mengikut kadar yang ditetapkan pihak JMB.

Resit akan dijana dan dihantar melalui emel secara automatik sejurus pembayaran dibuat. Ini bermakna JMB tidak perlu lagi mengeluarkan resit kepada pembayar.

Laporan statistik kutipan dan status semasa pembayaran penduduk dapat dihasilkan secara masa nyata (real-time) sama ada mengikut bulan dan tahun.

JMB tidak perlu lagi memegang wang tunai dan terpaksa menyemak secara manual berkali-kali status semasa pembayaran.

Sistem ini membolehkan pihak JMB mengemaskini status bayaran bagi penduduk yang melakukan pembayaran secara tunai.

Kami mempermudahkan segalanya untuk anda kerana kami juga penduduk dan AJK JMB, seperti anda!

Penganjur pertandingan/acara tidak perlu lagi cetak, fotostat dan mengedarkan Borang Penyertaan secara manual kepada orang ramai.

Dengan SetelPay.com, penganjur pertandingan hanya perlu memanjangkan pautan (link) Borang Penyertaan kepada orang ramai menggunakan aplikasi WhatsApp, SMS, Telegram, Instagram, TikTok, emel atau sebarang platform media sosial.

Mereka yang berhasrat untuk menyertai pertandingan tersebut hanya perlu menekan pautan berkenaan dan mengisi butiran serta melakukan pembayaran secara atas talian.

Resit akan dijana dan dihantar melalui emel secara automatik sejurus pembayaran dibuat. Ini bermakna penganjur tidak perlu lagi mengeluarkan resit manual kepada pembayar.

Laporan statistik kutipan dan status semasa penyertaan dapat dihasilkan secara masa nyata (real-time). Ini bermakna penganjur boleh melihat susunan penyertaan mengikut masa pembayaran dibuat.

Sebagai contoh, Kelab A akan menganjurkan pertandingan memancing dan 200 penyertaan awal akan diberikan t-shirt.

Menggunakan SetelPay.com, Kelab A dapat melihat senarai nama peserta yang mendaftar mengikut masa pembayaran dibuat. Oleh itu, penganjur dengan mudah dapat menentukan 200 orang terawal yang mendaftar untuk diberikan t-shirt.

Kami mempermudahkan segalanya untuk anda kerana kami juga peserta dan Penganjur Pertandingan/Acara, seperti anda!

Individu yang dilantik sebagai Admin Organisasi perlu mendaftar dengan mengikuti langkah mudah berikut:

  • Klik Daftar Baru pada ruangan menu atas sebelah kanan muka depan SetelPay.com.
  • Pilih Organisasi.
  • Isi semua maklumat yang diperlukan.
  • Tekan butang hantar.

SetelPay.com akan menghubungi Organisasi anda untuk tujuan pengesahan pendaftaran.

Semestinya boleh. Penggunaan SetelPay.com terbuka kepada semua dan tidak terhadap kepada Organisasi kerajaan sahaja.

Organisasi hanya dikenakan Yuran Langganan sebanyak RM120.00 setahun.

Ia bersamaan RM10.00 sebulan atau kira-kira 33 sen sehari.

Bayaran Yuran Langganan boleh dibuat sejurus selepas SetelPay.com mendapatkan pengesahan pendaftaran dari pihak Organisasi.

Terdapat tiga cara untuk melakukan bayaran Yuran Langganan iaitu:

a. Bayaran melalui FPX dalam antaramuka Admin Organisasi.

b. Bayaran melalui cek di Cheque Deposit Machine.

c. Bayaran secara tunai di Cash Deposit Machine.

Sekiranya memilih kaedah b dan c, bayaran perlu dibuat atas nama akaun di bawah dan bukti pembayaran perlu diemelkan ke hello@setelpay.com.

Nama Bank : CIMB
Nama Akaun : ASPIRASI DIGITAL VENTURES
Nombor Akaun : 8009 9956 14

Kami sangat menggalakkan pembayaran melalui kaedah a kerana ia sangat memudahkan anda.

Boleh.

Bagi tujuan pengawalan dan keselamatan capaian, pihak Organisasi boleh melantik dua orang Admin Organisasi untuk mengendalikan SetelPay.com.

Ya. Admin Organisasi akan diberikan manual penggunaan dalam format PDF agar mereka dapat menggunakan kemudahan yang disediakan SetelPay.com pada tahap maksimum.

Ya, boleh.

Apabila sesuatu transaksi berjaya dilakukan pengguna, wang yang dibayar secara automatik akan dimasukkan ke akaun gerbang pembayaran ToyyibPay atas nama ANSI SYSTEMS SDN BHD.

Bagi transaksi menggunakan FPX, wang berkenaan akan disalurkan ke akaun Organisasi pada satu hari bekerja berikutnya.

Bagi transaksi menggunakan Kad Debit atau Kad Kredit, jumlah yang dibayar akan disalurkan ke akaun Organisasi pada sepuluh hari bekerja berikutnya.

Tempoh masa penyaluran ini ditetapkan oleh gerbang pembayaran.

Terpulang kepada pentadbiran Organisasi.

Walaubagaimanapun, SetelPay.com hanya menerima akaun bank rasmi yang mempunyai kaitan dengan Organisasi. Akaun bank atas nama individu tidak diterima.

Tidak. Caj Pengendalian hanya dikenakan kepada pengguna yang berjaya melakukan transaksi pembayaran.

Ini kerana gerbang pembayaran (payment gateway) mengenakan caj bagi setiap transaksi yang berjaya dilakukan. Ia juga bagi menjamin kelestarian SetelPay.com dalam membantu mempermudahkan urusan anda pada masa hadapan.

Ya, sangat berbaloi. Ini kerana dengan menggunakan kemudahan SetelPay.com, anda dapat menjimatkan masa, wang dan tenaga berbanding melakukan pembayaran secara tunai secara fizikal di organisasi anda.

Ya. Anda boleh membayar yuran mereka secara sekaligus kerana mereka berapa dalam Organisasi yang sama.

Tidak. Anda hanya dikenakan Caj Pengendalian sekali sahaja. Ini kerana anda memilih untuk membayar secara sekaligus untuk ketiga-tiga orang berkenaan.

Namun, sekiranya anda memilih untuk melakukan pembayaran secara berasingan untuk setiap orang, anda akan dikenakan Caj Pengendalian sebanyak tiga kali.

Perlu difahami bahawa Caj Pengendalian dikenakan bagi setiap transaksi yang dilakukan dan bukannya mengikut jumlah orang dalam setiap transaksi.

Tidak boleh. Ini kerana akaun antara Organisasi adalah berbeza antara satu sama lain. Oleh itu, anda perlu melakukan pembayaran satu persatu mengikut Organisasi.

Boleh.

SetelPay.com akan mempermudahkan urusan anda kerana individu yang dilantik melakukan kutipan yuran setiap bulan,

  • tidak perlu lagi menunggu atau berjalan untuk bertemu setiap kakitangan bagi mengutip yuran.
  • tidak perlu lagi menulis resit pembayaran.
  • tidak perlu lagi menyemak secara manual status pembayaran setiap kakitangan.
  • tidak perlu lagi memegang wang tunai,
  • tidak perlu lagi menghabiskan masa menghasilkan statistik laporan secara manual untuk dibentangkan.

Beliau hanya perlu menghantar pautan (link) melalui emel, whatsapp, sms, facebook, instagram, TikTok atau sebarang platform media sosial kepada semua kakitangan untuk mengingatkan mengenai bayaran bulan yang berkenaan.

Kakitangan yang ingin membayar hanya perlu menekan pautan berkenaan, memasukkan nombor MyKad dan SetelPay.com akan jana jumlah bayaran yang perlu dibayar mengikut gred pembayar sebagaimana yang ditetapkan AJK.

Pembayar juga boleh memilih untuk membayar bagi beberapa bulan sekaligus.

Resit bayaran akan dijana dan dihantar secara automatik melalui emel sejurus transaksi berjaya.

Statistik laporan boleh dihasilkan secara masa nyata (real time), on the spot.

Boleh. Namun sebagai langkah keselamatan, Ketua Jabatan di pejabat anda perlu mengeluarkan satu surat rasmi yang mengesahkan kewujudan Kelab berkenaan. Maklumat akaun bank yang akan digunakan untuk penyaluran bayaran juga perlu dinyatakan secara jelas di dalam surat tersebut.

Ini kerana Organisasi anda belum mendaftar dengan SetelPay.com.

Segera hubungi pihak pentadbiran Organisasi anda dan maklumkan kepada mereka mengenai kemudahan yang disediakan SetelPay.com.

Boleh. Kami sememangnya ingin meluaskan penggunaan SetelPay.com agar lebih banyak organisasi dan pengguna memperoleh manfaat dengan kemudahan yang disediakan.

Sangat dialu-alukan YB. Sudah pasti warga Organisasi akan berbesar hati dan menghargai keprihatinan YB ini.

Semoga YB terus disayangi rakyat. Hidup YB!

Perkara baik jangan dihalang dan jangan dilengah-lengahkan. Asalkan Organisasi yang ingin ditaja oleh syarikat tuan bersetuju, pelaksanaannya boleh disegerakan. Kami sedia membantu.

Kami sedia membantu.

Akronim yang digunakan membawa maksud berikut:

SK - Sekolah Kebangsaan
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
KAFA - Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain

Boleh. Namun ada kos pembangunan dan penyelenggaraan (development and maintenance) yang perlu ditanggung oleh sekolah/organisasi anda kerana pengubahsuaian berkenaan melibatkan tugasan khas oleh pasukan pembangunan sistem dan pengaturcaraan.

Hubungi kami untuk perbincangan lanjut.

Anda boleh kemukakan sebarang pertanyaan atau kemusykilan melalui borang yang disediakan dalam ruangan Hubungi Kami.

Selain itu, anda juga boleh emailkan kepada kami di hello@setelpay.com.

Kami sedia mendengar. Kami sedia membantu.